Sunday, June 28, 2009

Cinta Derhaka

"Engkau yang telah menderhakai cinta kita!", terngiang-nigiang dalam telinga kata-kata umpama pisau tajam menusuk hati dan peparu. Zul sudah menjadi seekor anak kambing yang hilang hala tuju. Kekecewaan mulai membenam dalam ke dalam dirinya. Kini, Zul menjadi seorang lagi mangsa yang jatuh ke dalam gelora cinta.

Saat-saat manis Julie bersamanya muncul dalam ingatan. Zul masih hairan mengapa percintaan yang dibina dengan penuh usaha dan harapan musnah dalam masa sebegitu singkat? Julie bagaikan bertukar menjadi insan lain selepas pulang dari London. Dua minggu lepas Julie masih meminta Zul membenarkannya melawat London dan Zul membenarkan atas kepercayaan penuh kepada Julie. Sekembalinya Julie selepas tujuh hari, sudah mulai mengelaknya. Telefon tidak dijawab.

"Zul, sebenarnya Si Julie sudah mengenali laki itu dua bulan lepas. Mereka selalu duduk bersembang di Starbuck pada waktu-waktu senja. Semua orang dalam pejabat sudah tahu, cuma tinggal engkau saja. Lupakanlah Julie itu. Dia hanya anggap kamu sebagai batu loncatan sahaja."

Barulah Zul teringat kata-kata Julie sebelum ini, " Saya berpendapat kita berhak untuk memilih sebelum berkahwin. Jika telah berkahwin sekali pun masih boleh bercerai". Api kemarahan mula meluak-luak dalam fikiran. Perempuan cantik sebegitu memanglah dipenuhi ego dan rasa dirinya hanya sesuai untuk orang yang terbaik. Tanggungjawab bersama untuk membina jalan percintaan tidak penting, yang penting adalah untuk terus mencari orang yang difikirkan terbaik sakali! Julie telah menderhakai percintaan Zul kepadanya. Julie sudah memilih laki yang dikatakan lebih sesuai untuk dirinya. Julie hanya meninggalkan luka kekecewaan dalam hati Zul.

"Zul, engkau bodoh! Zul, siapa engkau untuk layak bersama aku?", Zul mula terdengar bisikan syaitan. Digengamnya pisau 6 inci pada tangan kanan...


No comments: