Friday, June 20, 2008

Pemberian gaji dua kali sebulan

Wajarkah gaji diberi dua kali sebulan?

Cadangan ini telah dilaksanakan kerana kerajaan mahu meringankan beban kakitangan awam dalam menghadapi krisis kenaikan harga secara global termasuklah makanan, petrol, dan sumber tenaga.

Sememangnya kerajaan harus membantu kakitangan awam dalam menghadapi saat-saat genting seperti ini, tetapi adakah langkah memberikan gaji dua kali sebulan berkesan untuk meringankan beban?

Bagi individu yang mempunyai sikap "boros", gaji dua kali sebulan memang memberi kelebihan kepada dirinya untuk memboros dua kali sebulan berbanding satu kali sebelum perlaksanaan langkah ini. Bagi individu yang mahir merancang penggunaan wang dalam kehidupan, tiada bezanya gaji satu kali, dua kali atau sepuluh kali sebulan. Yang pentingnya di sini ialah GAJI MASIH SAMA!

Maka, langkah yang dikatakan meringankan beban ini sebenarnya akan meringankan "keperitan nafsu membeli" bagi Si Pemboros manakala bagi orang yang berjimat-cermat dan pandai merancang pula, tiada yang berubah. Cuma gaji tidak berubah, sedangkan harga barang meningkat mendadak. Beban sama berat, tiada aspek yang diringankan.

Secara kesimpulannya, wajarkah gaji diberi dua kali sebulan?
NO! Absolutely not!

No comments: