Tuesday, March 18, 2008

Mempromosikan Pertahanan Awam

Seorang Leftenan Pertahanan Awam di Ibu Pejabat Kebangsaan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia meminta saya mempromosikan Pertahanan Awam. Saya akan memperkenalkan serba sedikit tentang Pertahanan Awam di Malaysia dalam blog ini. Itu pun jika ada "insan" yang membaca blog saya ini. Sekurang kurangnya saya telah menunaikan janji saya kepada Leftenan itu.



Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
Malaysia Civil Defence Department

Sebagai sebuah badan berkanun di bawah kerajaan Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia memberikan khidmat pertahanan awam dalam negara. Komposisi JPAM adalah terdiri daripada anggota sukarela daripada pelbagai lapisan masyarakat dan staf bergaji. JPAM menawarkan latihan yang sistematik, profesional dan percuma kepada anggota-anggota. Antara latihan yang ditawarkan kepada anggota dan pegawai JPAM ialah latihan Pertolongan Cemas sehingga tahap paramedik, Kebombaan, Penyelamatan dan Menyelam yang cukup professional dan setanding dengan pasukan penyelamatan yang lain dalam negara. Atas sokongan kuat daripada kerajaan, JPAM memiliki infrastruktur latihan, peralatan, kenderaan, jentera dan keanggotaan yang kuat dan mencukupi. Antara tugas tugas JPAM adalah membantu dalam penyelamatan bencana, ambulans 24 jam, penyelamatan dalam air, mencari dan menyelamat dalam hutan dan memadam kebakaran.

Anda akan mendapat elaun latihan, pengalaman dan kemahiran sebagai seorang anggota JPAM.
Marilah sertai JPAM. Daftarlah dengan JPAM untuk membantu diri anda, keluarga anda dan masyarakat anda.

SEDIA PANTAS BERINTEGRITI


No comments: