Apabila zaman berubah, pemikiran juga berubah. Seperti yang ditunjukkan dalam iklan televisyen Berita Harian yang menunjukkan "zaman sudah berubah" dengan saiz dan rupa Akhbar Berita Harian yang baru. Sememangnya kita semua berubah mengikut masa. Kita berubah supaya menjadi lebih baik dan lebih cemerlang.
Tahun ini merupakan tahun ke-51 negara kita mencapai kemerdekaan. Bermula tahun 1957, kemerdekaan dihayati sebagai tarikh yang menggembirakan kerana bebas daripada penjajah. Rakyat melaung "merdeka" dengan penuh kegembiraan dan kebanggaan, menggantung bendera negara yang baru.
Selepas setengah abad, kita masih melaungkan "merdeka", kita masih menggantungkan bendera semasa Kemerdekaan. Namun, adakah tindakan ini masih dihayati seperti setengah abad dahulu?
Kini, menggantungkan bendera pada bangunan, kereta dan basikal bukanlah penentu mutlak individu itu cintakan negara. Zaman berubah, pemikiran kita perlu berubah. Rakyat Malaysia kini haruslah menunjukkan semangat cintakan negara dalam kehidupan harian seperti mematuhi perlembagaan dan undang-undang, menyumbang dalam pembangunan negara, membabitkan diri dalam komuniti dan menjalankan kewajipan sebagai seorang rakyat.
Zaman sudah berubah. Janganlah berdiri di titik asal kerana rakyat kita perlu maju, terutamanya dari segi mentaliti.
Thursday, August 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment