Dipetik daripada Berita Harian : "KUALA LUMPUR: Pembangkang menerima kejutan awal pada sidang Dewan Rakyat yang bermula semalam apabila Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw, yang dicalonkan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, tidak mendapat sokongan penuh Pakatan Rakyat.
Sebaliknya, Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Wan Junaidi Tunku Jaafar (Santubong) bukan saja mendapat sokongan 100 peratus penyokong BN, malah turut disokong 17 wakil rakyat pembangkang yang membolehkannya meraih undian tertinggi dalam pemilihan jawatan berkenaan..."
Sememangnya daripada perspektif seorang rakyat, pemilihan jawatan dalam Dewan rakyat tidak seharusnya berdasarkan kepada parti, tetapi berdasarkan kebenaran dan kebolehan. Pembangkang yang turut menyokong wakil BN bermaksud mereka sudi melepaskan tanggungjawab dalam parti untuk menyokong sesiapa yang dirasakan patut berdasarkan pemikiran waras dan rasional. Ini barulah demokrasi! Inilah insan yang betul-betul berkhidmat kepada rakyat dan berfikiran cukup terbuka dalam menimbangkan kepentingan rakyat lebih daripada yang lain. Pemikiran ini juga amat penting dalam sidang yang mewakili rakyat berbilang kaum dalam Malaysia.
Tuesday, April 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment