Pantun adalah salah satu elemen penting dalam karya sastera Melayu. Terdapat pelbagai jenis pantun yang digunakan pada zaman-zaman dahulu untuk menyampaikan mesej kepada orang lain. Hari ini, saya akan memperkenalkan pantun sindiran kepada saudara-saudari.
Pantun sindiran berbeza daripada pantun-pantun lain kerana pantun ini mengandungi unsur sindiran yang biasanya tidak terdapat pada jenis pantun yang lain. Pantun sindiran digunakan untuk menyindir seseorang tanpa menggunakan perkataan yang kesat atau tindakan yang melampau. Dibawah ditunjukkan pantun empat kerat untuk tatapan saudara dan saudari.
Cikgu Teng mendidik Putra dan Putri,
Disuruh membaca terkumat-kamit;
Saat disuruh baca buku sendiri,
Minda melayang hingga ke langit.
Hitam putih senang sahaja,
Siap latihan tidak pernah lesu;
Bila ditanya soalan tahun tiga,
Tahun enam terus sunyi membisu.
Isi penting ditunjuk-tunjuk,
Tekak sakit darah pun naik meninggi;
Putra Putri hanya tunduk-menunduk,
Peratus gagal terus melambung tinggi.
Beginilah nasib Si Cikgu yang malang,
susah senang masih berusaha;
Cemerlang gemilang atau temberang,
Semuanya bergantung kepada mereka.
Sekian, selamat belajar!